Post Comment

Monday, July 21, 2008

Alhamdullilah selesai juga usrah ana bersama madu' baru dan lama.Bolehlah dikatakan bagus..sebab yang ajak diorang pun bukan yer ana.Tapi kawan ana...kalaula yg ajak ana dan yang bagi talk panjang adalah ana kan bagi sangat bagus.ana cakap kejap jer.Tu pun lepas habis kawan ana tu cakap.Dapatla jugak idea nakk cakap ape.Lagipun ana xfasih sgt nak cakap.Rasa blurr plak kalu cakap mula2 tadi..huhu.Thank pada Allah sebab dah bagi planning macamni untuk ana.Harap lepas ni ader improvement lagi.Tapi masa cakap tadi pun ana tak sangka yg ana boleh cakap camtu.Mungkin kuasa Allah..emm camne yek ana cakap lebeh kurang camni la..Abg rasa gembira sebab adik sume datang dan nak ucap tahniah pada sume.Dan yang pentin adik kena ucapkan tahniah pada diri sendiri sebab dapat datang.Mgkn tadi ade byk halangan tapi halangan u berjaya diatasi..mgkn macam2 masalah ader..emm cume nak bagi konklu skit yg .. cakap tadi.Adakah kita betul2 seorang muslim?adakah kita betul2 menyerahkn sepenuh raga jiwa kita pada Islam.Klau kita perasan mase sekolah sume benda ni dah pernah tayekan.Siap masuk exam lagi.PMR dan SPM pun ade taye.Ade tak kita faham ataupun kita sekadr hafal saje?Kita begitu risau tetang study kita..ttg ape yang kita belajar tapi ade tak kita risau ttg agama kita?Ade tak kita peduli ttg ilmu mengenal Allah? sekiranya kita abaikan ini Allah dah bagi jawapan dalam kalam sucinya

"Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Qur'an), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya.

Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk" Ayat Zukhruf 36 .

Adakah kita nak jadi macam dalam ayat ?...lebey kurang camtu la ana cakap..ader lagi tp lupe.tp poin pentingnya yg tu...

No comments:

Google

Result searching

Sedikit kudapan

Sedikit kudapan

Peringatan


Telah berkata Saidina Ali Karamallu Wajhahu (Dimuliakan Allah wajahnya kerana tidak pernah sepanjang hidupnya menyembah berhala selain Allah ) semoga Allah meredhainya dalam kata-kata hikmahnya :

"Seandainya hari ini bagimu lebih baik dari semalam, maka BERUNTUNGLAH. Seandainya masih sama seperti semalam, maka SIA-SIALAH. Seandainya lebih teruk dari semalam, maka CELAKALAH ke atasmu".



"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman." (Surah Adz-Dzariyat, ayat 55)

10 wasiat Hasan al-Banna

10 wasiat Hasan al-Banna

1) Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

2)Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

3)Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!

5)Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

6)Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.


7)Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suaramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8)Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi* untuk menghapuskan kemungkaran* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9)Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.

10)Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya.

Google adsense

games for U guys 2 play...have fun


Want one? Go to www.geocities.com/testiflash

>

RSS