Post Comment

Wednesday, October 22, 2008

Renungan baru..

Iman dari segi definasi syarak ialah kepercayaan yang mesti ditasdiqkan dgn qalb (hati), diikrarkan dgn lisan dan ditunjukkan dgn amalan.Iman juga merupakan penghubung antara manusia dengan Allah.Beza antara orang islam dan kafir adalah iman.Mereka orang kafir tiada penghubung atau jambatan dengan Allah.Maka kehidupan mereka setakat dunia sahaja.Apa sahaja yang mereka usahakan adalah setakat itu saja.Tak lebih daripada tu.Tapi beza kita dan org kafir ialah kita ada lagi kehidupan selepas ini.Kita ade lagi matlamat yang perlu dicapai.Selepas mati kita akan pergi alam kubur.Di alam kubur kita akan disoal ditanya.Mampu kita menjawab semua soalan yang 'mudah' ini di alam kubur kelak.Walaupun kita tahu jawapan tapi adakah kita cukup persedian untuk memjawap semua soalan itu?Bagaimana pula persediaan kita di Akhirat kelak?Adakah cukup apa yang kita buat di dunia?(soalan ni utk diri sendiri sebenarye :(  . Nah ini menunjukkan dimensi pemikiran kita lebih jauh daripada org kafir.Dimensi selepas mati.Org kafir hanya fikir makan,minum,pekerjaan mereka sahaja di dunia.Maka mereka berusaha ke arah tu saja lah.Kalu mereka tahu kebenaran hari akhirat pastilah mereka berusaha pula ke arahnya.

 Disinilah juga beza kepercayaan kita dan mereka.Dalam jiwa mereka percaya adanya Tuhan iaitu tauhid rububiyyah.Mreka percaya ada suatu benda ghaib yang maha hebat di alam ini tapi mereka tiada uluhiyyah.Tauhid al-Uluhiyyah (yakni mengesakan Allah sebabai Ilah) adalah kemuncak Tauhid. Tidak sah iman kepada Allah melainkan dengan kukuhnya tauhid ini di dalam hati di samping tauhid pertama tadi (yakni tauhid Rububiyyah iaitu mengakui Allah sebagai Rabb). Tauhid inilah yang menjadi penekanan para Nabi dan Rasul di mana mereka diutuskan bukan sekadar untuk memaklumkan kepada manusia adanya Allah, tetapi lebih besar dari itu untuk mengajak manusia menyembah Allah dan meninggalkan segala perbuatan yang menyengutukanNya. Allah menjelaskan matlamat pengutusan semua Rasul di mana Ia berfirman (yang bermaksud);

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu", maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)”. (an-Nahl: 36)

Sebab kalu kita lihat ade saintis barat yang masuk bila mereka melakukan suatu kajian.Ini kerana sejauh mane pun kajian mereka mereka akan menemuikan satu jawapan satu sahaja iaitu Allahlah yang menjadikan semua ini.Ini yang dinamakan ilmu metafizik iaiatu ade nya benda ghaij yang mengawal kejadian alam ini.Tapi org kafir lebih cenderung kepada ilmu fizik iaitu ilmu yang menunjukkan fakta sahaja.Bagi mereka semua benda yang bergerak ini terjadi sendiri sahaja.Begitu mudah mereka buat kesimpulan.Kalau Islam tak bagitau pun kita secara normal boleh fikir tak logik benda macam ini boleh berlaku.Sedangkan kereta pun ade penciptanya apatah lagi alam semesta yang sebesar ini.Mustahil alam ini tiada penciptanya.

Kerana itulah kekurangan kepercayaan tadi yang menyebabkan iman kita akan berkurangan.Cuba kita sekali sekala duduk keseorangan memikirkan kejadian alam ini.Siapakah yang menciptanya.Hatta sekali pun kita tahu Allah yang menciptanya tapi sejauh mana keyakinan kita terhadapnya.Di sinilah penting kita sebagaimana orang Islam patut mencari lagi bukti kebesaran Allah.membuat kajian dan sebagainya sangat digalakkan untuk mendekatkan lagi diri kita dengan Allah Taala.Allah sendiri menyuruh kita dalam firmannya: 


"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi,silih bergantinya siang dan malam,terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,yaitu orang yang berzikir(ingat) kepada Allah sambil berdiri,duduk dan dalam keadaan berbaring serta mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(Surah ali-Imran, ayat 190).


 
Google

Result searching

Sedikit kudapan

Sedikit kudapan

Peringatan


Telah berkata Saidina Ali Karamallu Wajhahu (Dimuliakan Allah wajahnya kerana tidak pernah sepanjang hidupnya menyembah berhala selain Allah ) semoga Allah meredhainya dalam kata-kata hikmahnya :

"Seandainya hari ini bagimu lebih baik dari semalam, maka BERUNTUNGLAH. Seandainya masih sama seperti semalam, maka SIA-SIALAH. Seandainya lebih teruk dari semalam, maka CELAKALAH ke atasmu".



"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman." (Surah Adz-Dzariyat, ayat 55)

10 wasiat Hasan al-Banna

10 wasiat Hasan al-Banna

1) Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

2)Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

3)Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!

5)Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

6)Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.


7)Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suaramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8)Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi* untuk menghapuskan kemungkaran* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9)Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.

10)Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya.

Google adsense

games for U guys 2 play...have fun


Want one? Go to www.geocities.com/testiflash

>

RSS