Iman dari segi definasi syarak ialah kepercayaan yang mesti ditasdiqkan dgn qalb (hati), diikrarkan dgn lisan dan ditunjukkan dgn amalan.Iman juga merupakan penghubung antara manusia dengan Allah.Beza antara orang islam dan kafir adalah iman.Mereka orang kafir tiada penghubung atau jambatan dengan Allah.Maka kehidupan mereka setakat dunia sahaja.Apa sahaja yang mereka usahakan adalah setakat itu saja.Tak lebih daripada tu.Tapi beza kita dan org kafir ialah kita ada lagi kehidupan selepas ini.Kita ade lagi matlamat yang perlu dicapai.Selepas mati kita akan pergi alam kubur.Di alam kubur kita akan disoal ditanya.Mampu kita menjawab semua soalan yang 'mudah' ini di alam kubur kelak.Walaupun kita tahu jawapan tapi adakah kita cukup persedian untuk memjawap semua soalan itu?Bagaimana pula persediaan kita di Akhirat kelak?Adakah cukup apa yang kita buat di dunia?(soalan ni utk diri sendiri sebenarye :( . Nah ini menunjukkan dimensi pemikiran kita lebih jauh daripada org kafir.Dimensi selepas mati.Org kafir hanya fikir makan,minum,pekerjaan mereka sahaja di dunia.Maka mereka berusaha ke arah tu saja lah.Kalu mereka tahu kebenaran hari akhirat pastilah mereka berusaha pula ke arahnya.
Disinilah juga beza kepercayaan kita dan mereka.Dalam jiwa mereka percaya adanya Tuhan iaitu tauhid rububiyyah.Mreka percaya ada suatu benda ghaib yang maha hebat di alam ini tapi mereka tiada uluhiyyah.Tauhid al-Uluhiyyah (yakni mengesakan Allah sebabai Ilah) adalah kemuncak Tauhid. Tidak sah iman kepada Allah melainkan dengan kukuhnya tauhid ini di dalam hati di samping tauhid pertama tadi (yakni tauhid Rububiyyah iaitu mengakui Allah sebagai Rabb). Tauhid inilah yang menjadi penekanan para Nabi dan Rasul di mana mereka diutuskan bukan sekadar untuk memaklumkan kepada manusia adanya Allah, tetapi lebih besar dari itu untuk mengajak manusia menyembah Allah dan meninggalkan segala perbuatan yang menyengutukanNya. Allah menjelaskan matlamat pengutusan semua Rasul di mana Ia berfirman (yang bermaksud);
“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu", maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)”. (an-Nahl: 36)
Sebab kalu kita lihat ade saintis barat yang masuk bila mereka melakukan suatu kajian.Ini kerana sejauh mane pun kajian mereka mereka akan menemuikan satu jawapan satu sahaja iaitu Allahlah yang menjadikan semua ini.Ini yang dinamakan ilmu metafizik iaiatu ade nya benda ghaij yang mengawal kejadian alam ini.Tapi org kafir lebih cenderung kepada ilmu fizik iaitu ilmu yang menunjukkan fakta sahaja.Bagi mereka semua benda yang bergerak ini terjadi sendiri sahaja.Begitu mudah mereka buat kesimpulan.Kalau Islam tak bagitau pun kita secara normal boleh fikir tak logik benda macam ini boleh berlaku.Sedangkan kereta pun ade penciptanya apatah lagi alam semesta yang sebesar ini.Mustahil alam ini tiada penciptanya.
Kerana itulah kekurangan kepercayaan tadi yang menyebabkan iman kita akan berkurangan.Cuba kita sekali sekala duduk keseorangan memikirkan kejadian alam ini.Siapakah yang menciptanya.Hatta sekali pun kita tahu Allah yang menciptanya tapi sejauh mana keyakinan kita terhadapnya.Di sinilah penting kita sebagaimana orang Islam patut mencari lagi bukti kebesaran Allah.membuat kajian dan sebagainya sangat digalakkan untuk mendekatkan lagi diri kita dengan Allah Taala.Allah sendiri menyuruh kita dalam firmannya:
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi,silih bergantinya siang dan malam,terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,yaitu orang yang berzikir(ingat) kepada Allah sambil berdiri,duduk dan dalam keadaan berbaring serta mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(Surah ali-Imran, ayat 190).