Post Comment

Tuesday, February 24, 2009

Ingatan

Introduction

Ingatkan diri sendiri and org lain balik ape tujuan sebenar hidup kita nih…

Dalam quran ade terangkan 2 ayat ttg tujuan hidup ?sape ingat dhariyat ayat 56 ngan surah al-baqarah ayat 30.

bagaimana melaksanakan dua ayat ini?adakah kita enjoy ataupun kita melaksanakan separuh drp tuntutan ayat ini?

Kena sedar kita akan dibalas setiap perbuatan kita.kita kena sentiasa ingat hidup ini hanya sekali sahaja..bukan hidup sekali untuk enjoy.

Hanya dua keputuan menanti kita disana samada fail atau pun lulus

Di dunia ini nikmat paling besar Allah bagi adalah Islam.Tapi bagaimana kita menjaga

Anugerah nih..

Compare kan dengan diri kita sendiri.Sesungguhnya manusia itu amat sayangkan dirinya

sendiri .syg harta pangkat segala2nya

Rasa sayang ini akan adee dalam dirinya selagi hatinya xsebati dengan keimanan.

Manusia tanpa iman seperti org yang kerdil yang sentiasa mahukan penuhkan hawa nafsu..penuhkan perutnya.Tapi manusia yg beriman xpedulikan semua itu contohnya sahabat nabi yg diseksa dahulu..perang yarmuk

Seorang mukmin adalah seorang yg waktu senang pun bersabar susah pun bersabar.hati nya sentiasa ikhlas dengan Allah.Seorang mukmin yg ikhlas hasil kerja sentiasa cemerlang keranaxmengharapkan balasan.

orang yg sentiasa mengharapkan balasan hasil kerja xsama dgn orang yg ikhlas.

Baginya sayang Allah itu pun dah mencukupi.Itu oun sudah lebiih daripada segala2nya

Wednesday, October 22, 2008

Renungan baru..

Iman dari segi definasi syarak ialah kepercayaan yang mesti ditasdiqkan dgn qalb (hati), diikrarkan dgn lisan dan ditunjukkan dgn amalan.Iman juga merupakan penghubung antara manusia dengan Allah.Beza antara orang islam dan kafir adalah iman.Mereka orang kafir tiada penghubung atau jambatan dengan Allah.Maka kehidupan mereka setakat dunia sahaja.Apa sahaja yang mereka usahakan adalah setakat itu saja.Tak lebih daripada tu.Tapi beza kita dan org kafir ialah kita ada lagi kehidupan selepas ini.Kita ade lagi matlamat yang perlu dicapai.Selepas mati kita akan pergi alam kubur.Di alam kubur kita akan disoal ditanya.Mampu kita menjawab semua soalan yang 'mudah' ini di alam kubur kelak.Walaupun kita tahu jawapan tapi adakah kita cukup persedian untuk memjawap semua soalan itu?Bagaimana pula persediaan kita di Akhirat kelak?Adakah cukup apa yang kita buat di dunia?(soalan ni utk diri sendiri sebenarye :(  . Nah ini menunjukkan dimensi pemikiran kita lebih jauh daripada org kafir.Dimensi selepas mati.Org kafir hanya fikir makan,minum,pekerjaan mereka sahaja di dunia.Maka mereka berusaha ke arah tu saja lah.Kalu mereka tahu kebenaran hari akhirat pastilah mereka berusaha pula ke arahnya.

 Disinilah juga beza kepercayaan kita dan mereka.Dalam jiwa mereka percaya adanya Tuhan iaitu tauhid rububiyyah.Mreka percaya ada suatu benda ghaib yang maha hebat di alam ini tapi mereka tiada uluhiyyah.Tauhid al-Uluhiyyah (yakni mengesakan Allah sebabai Ilah) adalah kemuncak Tauhid. Tidak sah iman kepada Allah melainkan dengan kukuhnya tauhid ini di dalam hati di samping tauhid pertama tadi (yakni tauhid Rububiyyah iaitu mengakui Allah sebagai Rabb). Tauhid inilah yang menjadi penekanan para Nabi dan Rasul di mana mereka diutuskan bukan sekadar untuk memaklumkan kepada manusia adanya Allah, tetapi lebih besar dari itu untuk mengajak manusia menyembah Allah dan meninggalkan segala perbuatan yang menyengutukanNya. Allah menjelaskan matlamat pengutusan semua Rasul di mana Ia berfirman (yang bermaksud);

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu", maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)”. (an-Nahl: 36)

Sebab kalu kita lihat ade saintis barat yang masuk bila mereka melakukan suatu kajian.Ini kerana sejauh mane pun kajian mereka mereka akan menemuikan satu jawapan satu sahaja iaitu Allahlah yang menjadikan semua ini.Ini yang dinamakan ilmu metafizik iaiatu ade nya benda ghaij yang mengawal kejadian alam ini.Tapi org kafir lebih cenderung kepada ilmu fizik iaitu ilmu yang menunjukkan fakta sahaja.Bagi mereka semua benda yang bergerak ini terjadi sendiri sahaja.Begitu mudah mereka buat kesimpulan.Kalau Islam tak bagitau pun kita secara normal boleh fikir tak logik benda macam ini boleh berlaku.Sedangkan kereta pun ade penciptanya apatah lagi alam semesta yang sebesar ini.Mustahil alam ini tiada penciptanya.

Kerana itulah kekurangan kepercayaan tadi yang menyebabkan iman kita akan berkurangan.Cuba kita sekali sekala duduk keseorangan memikirkan kejadian alam ini.Siapakah yang menciptanya.Hatta sekali pun kita tahu Allah yang menciptanya tapi sejauh mana keyakinan kita terhadapnya.Di sinilah penting kita sebagaimana orang Islam patut mencari lagi bukti kebesaran Allah.membuat kajian dan sebagainya sangat digalakkan untuk mendekatkan lagi diri kita dengan Allah Taala.Allah sendiri menyuruh kita dalam firmannya: 


"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi,silih bergantinya siang dan malam,terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,yaitu orang yang berzikir(ingat) kepada Allah sambil berdiri,duduk dan dalam keadaan berbaring serta mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(Surah ali-Imran, ayat 190).


 

Monday, July 21, 2008

Alhamdullilah selesai juga usrah ana bersama madu' baru dan lama.Bolehlah dikatakan bagus..sebab yang ajak diorang pun bukan yer ana.Tapi kawan ana...kalaula yg ajak ana dan yang bagi talk panjang adalah ana kan bagi sangat bagus.ana cakap kejap jer.Tu pun lepas habis kawan ana tu cakap.Dapatla jugak idea nakk cakap ape.Lagipun ana xfasih sgt nak cakap.Rasa blurr plak kalu cakap mula2 tadi..huhu.Thank pada Allah sebab dah bagi planning macamni untuk ana.Harap lepas ni ader improvement lagi.Tapi masa cakap tadi pun ana tak sangka yg ana boleh cakap camtu.Mungkin kuasa Allah..emm camne yek ana cakap lebeh kurang camni la..Abg rasa gembira sebab adik sume datang dan nak ucap tahniah pada sume.Dan yang pentin adik kena ucapkan tahniah pada diri sendiri sebab dapat datang.Mgkn tadi ade byk halangan tapi halangan u berjaya diatasi..mgkn macam2 masalah ader..emm cume nak bagi konklu skit yg .. cakap tadi.Adakah kita betul2 seorang muslim?adakah kita betul2 menyerahkn sepenuh raga jiwa kita pada Islam.Klau kita perasan mase sekolah sume benda ni dah pernah tayekan.Siap masuk exam lagi.PMR dan SPM pun ade taye.Ade tak kita faham ataupun kita sekadr hafal saje?Kita begitu risau tetang study kita..ttg ape yang kita belajar tapi ade tak kita risau ttg agama kita?Ade tak kita peduli ttg ilmu mengenal Allah? sekiranya kita abaikan ini Allah dah bagi jawapan dalam kalam sucinya

"Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Qur'an), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya.

Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk" Ayat Zukhruf 36 .

Adakah kita nak jadi macam dalam ayat ?...lebey kurang camtu la ana cakap..ader lagi tp lupe.tp poin pentingnya yg tu...
Asalamualaikum..emm....sekadar suka2 tulis..cume nak cerita apalah agaknya cakap masa usrah malam ni.Lagi ana sendiri yg mengofferkan diri untuk bagi tazkirah pembuka kata.Tapi tak tau plak nak cakap ape.Ana nih kalu cakap depan org mmg xmahirla.Sampai bilala agakye yer..EMmm ana rasa mungkin ana nak sentuh skit menjadi seorang muslim yang benar2 muslim.Ckap mmg senang.Tapi kalu kita faham betul2 ape erti sebenarnya muslim kita akan fikir lama2 beul ke aku nih seorang musilim.Apa erti muslim?Muslim adalah penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah Taala..persoalan betul ke kita serah kan diri?betul ke kita buat macam tuh?kalu fikir balik terasa teruk yer diri ni..teringat dosa2 dulu.terasa xde mood plak nak tulis...nantila ana fikir balik...jari 2 ni tetiba plak xde tenaga.mood hilang sebab ade kawan u tetiba jer ubah planning yg ana nak wat tadi tadi.Xpela bagi jerla dia nak wat ape.

Thursday, July 3, 2008

Asalamualaikum..argh.. tension dah terlepas..xsempat nak rebut..Nak wat camne dah xde rezeki..tapi perlu ke aku berputus asa.Kalu aku xperputus asa kesian plak kat org tu..sebab rampas peluang dia...tula aku nih baik sgt kan...bukan jenis tegas..naqib aku pun cakap aku mesti ade ade keyakinan diri...nih jela kelemahan aku yang terbesar..Selagi ade kelemahan nih aku rase xnak kawinla....macam mane yek nak atasi kelemahan nih.Macam dah aku dgr tip2 daripada abg2 senior ngan kawan2 aku...tapi tak berjaya gak..aku raselah kan pasni aku nak pergi kursus public speakingla........belajar camne nak bercakp...belajar camne nak ader confident diri...arrghhhhhh(tensionnnn)..ape dah aku merepek nihhh....sape leh tolong aku....aku perlu kan jawapan yer camne nak ader confident dirir dan bersikap tegas..........tetiba rase hilang mood tulis so aku nak makan jap..tadi baru beli kat sek 6 nasi lauk 3 ringgit..wokeh chow cincow

Sunday, April 20, 2008

Nasihat yang baik dari Prof Zamri

Akm.alhamdullilah hari aku dapt menyelesaikan satu lagi testing untuk final project..mmg lame la nak tunnggu sampai siap.Nasib baikle ade si Rudy tu leh la wat teman.Lepas habis wat testing aku terus pegi fakulti untuk anta literatureview,nak suh lecturer tgk konon2 wat kejela.Padahal makcik tu lame dah mintak...Kemudian terfikir plak nak jumpe En. Asri nak mintak dia jadi reference aku untuk testimonial resume tapi ketuk2 puyer pintu bilik dia tak berjawab.Pastu tibe2 jer dgr bunyi henset dia berdering lagu in-team..Kantoi kat situ.Tapi aku tak ketuk pintu lagi la sebab tahu dia musti bz,Maklumlah skang nih UiTM dah dekat final exam, faham2 jerla ye tak? Pikir puyer pikir baik jumpe Prof.Zamri mintak reference.(Cikgu Zamri lagi baik).

Allhamdullilah cikgu zamri ade kat bilik.Kedatangan aku dialu2kan,then bagi salam dulu pastu hulur tgn jabat salam ngan dia.Asal yer nak mintak nama ngan jawatan dia 10 minit jer sebab tau dia musti bz.Tapi daripada 10 minit jadi setengah jam.Sebab cikgu zamri ni suka bagi nasihat.Best jugak kdg2 dgr nasihat dia..Dia taye la nak wat ape lepas abih blaja nih,kemudian aku jawab nak jadi RA dulu kot sambil cari kerja.Kalu xdapat kerja terus sambung master.Dia cadangkan cari kerja dulu,kemudian dalam 3 tahun lepas tu mintakla IR.Dah dapat IR baru leh mintak jadi lecture.Kalu nak amik master leh amik part time...Oooo camtu..yela first dgr daripada org berpengalaman.Dia dulu pun xde org nak bg nasihat camni,kireye aku nih org beruntungla.ade gak org nak bg nasihat kat aku.Dia dulu lepas belaja dapat 4 tawaran petronas,simdarby,IBM satu lagi lupe.Fuh!! mantap tu.aku kalu dapat salah satu musti aku terima cepat2.
Tapi disebabkan dia lebih minat pada pendidikan ,dia terus jadi pensyarah...emm.Kesian gak tgk muka dia time tu dia dulu pun xde org nak bg nasihat camni,kalu tak amik dah amik salah satu tawaran tu tapi nak wat camne dah rezeki Tuhan bg kita camni ye tak...Dia syorkan aku supaya kerja dulu sebab skang nih xramai umat islam yg ade kerja profesional skang.Cam local council la gitu.Makna ye bila ade ramai ye umat islam yg keje camtu,leh la challenge org cina.Daripada situ kita leh wat dakwah bilhal.Dakwah bilhal nih ikut daripada dia citer,kita tunjuk sifat mulia yg ade pada org Islam sebenatye.Kita tunjukkan yg kita ni hanta kerja on time ,kalu wat report presentation tu nampak kemas,nampak hebat baru org respect kat kita.Pastu sambil2 tunggu org datang tgk presentation kita,kita duk la atas kerusi baca quran tafsir.Bila org taye dari mana kita dapt strength untuk wat report yg hebat nih.Kite boleh jawap,I can the strength when I read the Quran.From that ,kita leh tunjukkat org bukan muslim betapa hebatye org Islam nih.

Kemudian beliau jugak peringatkan supaya kite musti faham ape makna solat yg kite dok slalu wat tu.Sebab ape...rsullulah pernah sabda Hendakla kamu baca doa ngan hati..makye disni xsemestiye doa ape2 bacaan pun yg kita baca kiye mesti faham.Kalu tak ape beza ye solat kita kalu kita baca dalam bahasa Siam sekali pun?Cube kita cakap cina We ai ni kat mak kita..kita faham ke..mak kita pun xfaham kan?Tapi bila kita cakap Saya sayang kamu..mak.Ape kita rasa ? Kita rasa ape yg kita cakap tu beserta ngan hati kita skali tul tak? Begitu juga dalam solat dan doa..Kalau kita baca doa,tapi kite sendiri pun xfaham ape yg kite baca..rase2 yer Allah terima tak doa kita...Kadang2 tu surau kat umah ana slalu baca doa sampai 10 minit.Sampai kan org tertido kalu imam tu baca doakan...Cikgu zamri cakap biasaye rasullulah baca doa pendek2 tapiii makna doa tersebut musti difahami sjelas2 ye.Org arab baca doa pun pendek2.Tapi faham.Kita baca doa mintak Allah jadi kita org yg ingin sentiasa berjuang di jalan Islam.Tapi bile org mintak datang meeting pasal Islam ,tak dapat luang kan mase.So ape makneye kita baca doa tu?Mungkin sekadar lagu sahaja kot?.
Rase2ye itu saje yg dapat dikongsikan bersama..panjang plak tulis kali nih..ok assalamualaikum
Google

Result searching

Sedikit kudapan

Sedikit kudapan

Peringatan


Telah berkata Saidina Ali Karamallu Wajhahu (Dimuliakan Allah wajahnya kerana tidak pernah sepanjang hidupnya menyembah berhala selain Allah ) semoga Allah meredhainya dalam kata-kata hikmahnya :

"Seandainya hari ini bagimu lebih baik dari semalam, maka BERUNTUNGLAH. Seandainya masih sama seperti semalam, maka SIA-SIALAH. Seandainya lebih teruk dari semalam, maka CELAKALAH ke atasmu".



"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman." (Surah Adz-Dzariyat, ayat 55)

10 wasiat Hasan al-Banna

10 wasiat Hasan al-Banna

1) Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

2)Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

3)Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!

5)Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

6)Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.


7)Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suaramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8)Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi* untuk menghapuskan kemungkaran* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9)Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.

10)Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya.

Google adsense

games for U guys 2 play...have fun


Want one? Go to www.geocities.com/testiflash

>

RSS